Monday 12 September 2011

THANK YOU SAHABAT.

     terima kasih sahabat. sebab kau da banyak tolong aku. mungkin semalam akan jadi pertolongan terakhir. ieda ? thank you so much. kau sudi jadi orang tengah antara aku dengan budak kecik toe. :))
terima kasih banyak-banyak. 


     yea. aku memang tak boleh selesai kan masalah sendiri. bukan tak boleh , tiap kali aku nak cakap dengan budak kecik toe. dia mesti ta layan aku. macam mana aku nak selesai kan sendiri ? hurm. aku da ta tao nak buat apa lagi. aku hanya mampu diam kan diri jew. aku terima apa saja yang kau buat kad aku budak kecik . mungkin kau da bosan dengan aku. sebab toe kau ta nak layan aku kan ? 


   hurm. tadi masa kad sekolah. sumpahh ! aku memang jealous gilaa . aku tao ku memang ta nak layan aku da. tapi bila aku tengok kau layan orang lain. aku memang jealous gila. lelaki ramai. kau seorang jew perempuan kad situ. bohong larh if aku cakap aku tak jealous. aku duduk sorang-2 kad tepi toe. aku ta amik peduli puwn. kau langsung tak amik berat tentang aku kan ? mungkin bila kau da mati nanti. kau ta kan peduli kuwt. ta pear larh. aku terima apa saja berbuatan kau pada aku. aku terima. 

RINDDU DEKAT KAUU LARHH

   YEEAAAHH ! DAPAT JUGA AKU PERGI WANGSA MAJU.:)) SETAHUN SEKALI JEW. DEKAT SITU LARH TEMPAT AKU MEMBESAR HINGGA UMUR AKU MENINGKAT SEBELAS TAHUN. TAPI AKU KENA PINDAH :( DEKAT KLANG NIE LARH. PEEEHHH ! MASA TOE AKU RASA MACAM NAK PEGANG TIANG TOE KUAT-2 TA NAK PINDAH. HAHA ! 


   SEMALAM AKU RAYA DEKAT WANGSA MAJU. SUKA ! SUKA ! AKU DAPAT JUMPA MAK ANGKAT AKU. MAK ANGKAT AKU ADA DUA. HAHA ! SO AKU ADA 3 MAK. SATU MAK KANDUNG DUA MAK ANGKAT.HAHA ! AND AKU DAPAT JUMPA ADIK ANGKAT AKU. SEMUA CAKAP AKU DA BESAR. HAHA ! ;))
  
  TAPI , AKU DA TA DAPAT JUMPA ABANG ANGKAT AKU. SEBAB ALLAH LEBIH SAYANG KAD DIA. DIA DA PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA. KAU ADALAH ABANG YANG TERBAIK DALAM HIDUP AKU. BANYAK KENANGAN MANIS DENGAN KAU. NASIB BAIK ADA LAGI PARUT DEKAT TANGAN AKU YANG KAU BUAT TOE. HAHA ! 
  
  AKU PERNAH BERGADUH DENGAN SORANG BUDAK SEBAB NAK REBUT DIA JADI ABANG ANGKAT. HAHA ! LAWAK-LAWAK JEW. DIA BAIK SANGAT. :)) AKU SUKA CARA DIA. RINDUUNYE AKU KAD DIA. :( 


                                           #KAUABANGYANGTERBAIK

Friday 9 September 2011

selamat tinggal telefon bimbit :))

    
      kenapa fone aku jadi pendiam nie ?dia da tak berbunyi macam dulu. kea dia malu nak berbunyi.? hurm. ta dew sapa nak bunyi kan fone aku. selalu nya fone aku bising jew. sebab dia selalu contact aku. tapi sekarang da tak contact da. entah larh. semalam aku call dia. dia puwn mcm nak ta nak jew cakap dengan aku. dia macam nak lari kan diri dia. mungkin dia da bosan dengan aku kuwt. ta pear larh. maaf sebab aku ta boleh buat kau happy. mungkin mulai dari hari nie. fone aku da tak hidup mcm biasa :)) dia akan tidur sampai bila-bila. jika perlu jew aku akan kejut kan dia untuk bangun. if fone aku hidup. ta dew siapa nak contact aku. ta pear larh. selamat tinggal telefon bimbit :))tidur elok-elok 

Wednesday 7 September 2011

ALHAMDULILAH :))

        haha ! cantik kan pemandangan kad atas toe. aku yang snap photo toe. percaya tak ? HAHA ! ta dew larh. HAHA ! alhamdulilah :)) terima kasih YA ALLAH :)) aku bersyukur sangat. hee. nak tahu kenapa ? 

   hari nie. sembilan hari bulan lapan dua ribu sebelas ;)) aku tak sekolah hari nie. HAHA ! aku ponteng. aku round-round naik motor satu kampung. HAHA ! aku nak tunggu sampai kak ngah pergi kerja. lepas toe. aku try balik rumah. aku ingat kan dia da pergi kerja. rupa-rupanya belum. lepas toe dia nampak aku pulakkk ! haaaduuisshh ! kantoi :)) alamak ! alamak ! macam mana nie. HAHA ! then aku bagi alasan aku lambat masuk sekolah. pagar da tutup . :) heee. 


  lepas puwn. :)) aku duduk kad rumah jew. tengok tv baring terkangkang :)) #terukbetul HAHA ! agak bosan duduk kad rumah :)) ta dew buat apa-apa. da bosan-bosan duduk rumah. aku keluar jap. pergi sunway pyramid toe. alarh. photo kad atas toe. HAHA ! aku pergi sorang-sorang ;)) HAHA ! 


 aku tak tao nak buat apa kad sana. da larh pergi sorang-sorang. hurm.. aku beli seluar larh. :)) hee ! lepas toe. mood aku da nak balik daa. aku semangat gila nak balik nie. da sampai depan bas. tangan kad dalam poket nak keluar kan duit nie. tengok-tengok,duit da habiss ! HAHA ! aku tak sedar yang duit aku da habiss. haduiisshh ! 


aku : ta apa larh pak cik. saya tunggu kawan saya dulu :))


 #nakcoverline HAHA ! pada hal duit ta ada :)) HAHA ! alamakkk ! macam mana aku nak balikk niee. ta kan aku nak jalan kaki. peehh ! jauh toe.. aku call member aku suruh datang. dia sekolah larh pulak. then. aku call bapakk aku. bukan nak tolong aku. lagi nak membebell. grrr ! aku da ta tahu nak buat apa da..aku rasa, jalan nie jew yang selamat and boleh sampai rumah. 


 aku cuba tebal kan muka aku. aku nak mintak seringgit kad sapa-sapa, uwhh ! malu nya ! haha ! aku try kad kakak cina nie.


aku   : kak ? saya nak pinjam satu ringgit boleh tak ? duit saya da habis larh.
k.cina : i don't understand. 
aku : uwh. okay-2. sis ? can i borrow one ringgit. because my money is empty. HAHA ! #englishberterabur
k.cina : cannot. cannot. 
aku : uwh. it'S okay :)) #akujustsenyum HAHA ! 
  
 ta pear-2. hari nie. hari aku. esok lusa hari kau. tengok larh macam mana :)) alamakk ! macam mana nie.. haduuishh ! aku try mintak lagikad abang indon nie. :))


aku : abang ? saya nak mintak tolong boleh ? saya nak pinjam seringit boleh tak ? duit saya da habis larh. 
abang indon : uwh. ta payah nak pinjam-pinjam larh. amik saja. nie sebagai duit raya. selamat hari rayaa :))
aku : heee ! terima kasih bang ! terima kasih banyak-2 ;))


YEEAAHH ! finally :)) alhamdulilah :)) hanya ALLAH sahaja yang dapat balas jasa abang tadi ;)) then. aku terus naik bas. :)) hati aku legaa masa toe. HAHA ! 


walau apa-apa puwn. memang best masa toe. HAHA ! 

awww. suka ! suka !



         haha ! THANK YOU SAYANGG ! :)) HEE !suka sangat-sangatt. sebenarnya. hati aku sakit. tapi hati aku da makan ubat da. sebab bila aku tengok photo nie. t'ubat hati aku. HAHA ! #ayatmintakpenyepak haha ! aku nak mintak maaf. sebab tadi masa kad sekolah aku ta berapa nak layan kau kan. sorryy. entah larh. aku puwn ta tao. kenapa.bila kad sekolah jew aku jadi pendiam. HAHA ! sengall jew. :)) walau apa-2 puwn. thank you ! I LOVE YOU ! sayangg kad kau larh gedikkk ! HAHA ! TAKE CARE :))

Sunday 4 September 2011

AKU DA MACAM SYOK SENDIRI DA

        haha ! yayaya ! aku da macam syok sendiri da . :)) nak tahu kenapa ? tak payah tahu larh. nak tahu jugak kea ? HAHA ! yea larh-2 :)) nak bagi tahu larh nie. HAHA ! jangan tanya kenapa saya asyik gelak jew :)) HAHA ! 
  
   yayaya ! aku da macam syok sendiri da kan ? :))aku da sedar da. selama nie aku jew yang terlebih-lebih kad kau.  hurm. entah larh. aku da tak tahu nak buat apa lagi. aku jew yang terlebih-lebih kad kau, aku jew yang terlebih-lebih sayang kad kau. tapi ta salah kan if aku sayang kad kau lebih-2 ? umie aku puwn cakap. aku jew yang terlebih-lebih kad kau.kau ta pernah puwn cakap I LOVE YOU TO masa aku cakap I LOVE YOU kad kau. nak cakap I LOVE YOU TO puwn ta pernah. apa lagi nak cakap I LOVE YOU :)) hurm. sayangg ? susah sangat kea nak cakap tiga perkataan toe ? hurm. it's okay :)) ta pear larh. kita kena cakap dengan ikhlas kan ? :))


  da lama kita tak date kan ? aku rindu nak date dengan kau. tapi kau mesti ta nak punya kan date dengan aku.? ta pear larh. aku tunggu kau yang ajak date. aku nak tengok kau sudi tak keluar dengan aku. :)) hurm. it's okay larh sayang. aku terima jew apa saja kau buat kad aku.:)) aku tetap sayang cinta kad kau. :)) 

Sunday 28 August 2011

duapuluhlapanharibulanlapan :))



  28.08. aww ! happy birthday to me . happy birthday to me . happy birhday to me. happy birthday to me . HAHA ! da #enambelastahun da aku :)) dan semakin tua larh aku. HAHA ! masih menanti si dia wish birthday aku. ingat kan nak celebrate birthday dengan dia. tapi dia da balik kampung pulak . alarhhh ! tadi umie aku call dia. 

aku  : umie ? umie call larh aina. ajak dia makan kad luar. celebrate birthday orang :))
umie : umie pulak yang kena call. kamu larh call. 





aku  : alarh ! umie larh call. 



umie : issshh ! budak nie. gedikk betul !
aku  : haha ! cepat larh sikit . 
umie : hello ? nie aina kea ? 

aina : a'ah. nie aina.  :))

umie : nie ada orang nak cakap. 
aku  : alarh. buat apa bagi orang umie ckp jew larh.

umie : eee ! aina ? petang nie free tak ?
aina : aina baru jew sampai kampung. 

  HAHA ! baru nak ajak kau celebrate birthday aku. tapi ta pear larh. dia busy dengan perfome dia. good luck :)) sayanngg ? nak present boleh ? HAHA ! urm. da enambelastahun da. boleh buat lesen. aww ! #sukasuka :)) 
HAHA ! 





DENGAN KESEMAPATAN INI AKU INGIN M'GUCAP KAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :))

Tuesday 23 August 2011

KAU BUAT AKU MACAM TAK WUJUD JEW.

        asalamualaikum, ta jawab dosa. :)) HAHA ! 
sebenarnya hari kie aku malas nak update blog nie. tapi bila da bosan-2 ta dew apa-apa nak buat terpaksa larh update ta kerelaan. HAHA ! 

  hari ini pergi sekolah semangat gila. tiba-tiba jadi semangat. HAHA ! sampai jew kad sekolah semua orang da beratur. peeh ! malas larh pulak nak beratur. aku terus naik kelas. sorang-sorang. da larh lampu ta bukak masa nak naik tangga toe. gelap jew. arrggh ! aku ta heran. bulan ramadhan setan kan kena ikat :)) tapi bila bulan-bulan biasa seram larh juga. HAHA ! tapi buat don't no jew. :))

  lalala~ uwh. lupa pulak. cikgu math. errr ! apasal larh asyik nak tukar cikgu jew. ee ! geram-geram jew. :)) elok-elok da dpt ciku cikgu baik-baik. tukar pulak dapat cikgu mcm singa.HAHA ! garanng gilaa cikgu toe. sampai form 5 pulak toe cikgu toe ajar. err ! 

  sebenarnya kad sekolah tadi aku ta dew mood. mula-mula jew semangat. :)) mana taknya.masa waktu sejarah, aku bosan ta tao nak buat apa. lepas toe aku pergi kad heroin aku toe. semalam dia demam. tapi ta tao larh dia da baik kuwt hari nie. masa aku duduk sebelah dia. aku nak story-morry dengan dia. banyak perkara yg aku nak kongsi cerita dengan dia. tapi ta sempat aku nak cerita dia belah mcm toe jew. peehh ! sentap sioot aku. sedihh gilanyee ! :( dia pergi kad orang lain. sayang ? kenapa nie ? aku ada buat salah kea ? da puas da aku fikir apa salah aku kad kau.

  hurm. ta pear larh. aku nak buat mcm mana lagi. da dia ta nak layan aku lagi. mungkin dia da bosan da kuwt dengan aku. hurm.. aku ta boleh nak buat apa-2. ta kan aku nak paksa kau suruh layan aku kan. hurm..ta pear larh. asal kan kau . aku ta nak tgk kau sedih. mulai hari nie, aku just diam kan diri jew. :)) bye, asalamualaikum :))

 wait-wait ! nak mintak tolong boleh ? tolong like lepas baca nie okayy ! :)) ta paksa puwn :)) 

  

Wednesday 17 August 2011

UNTUNG LARH KAU :))

   hey you DOMO-KUN ! untung larh kau kan. kena peluk dengan capital 'A' dua puluh empat jam. HAHA ! eee ! aku puwn nak kena peluk macam kau juga dowh ! HAHA ! (ayat gatal) hey you girl ! kau puwn satu kan ! kau peluk si domo toe jew. peluk larh aku juga ! HAHA ! sekarang si domo toe da ada kawan da kan ? :)) entah siapa larh yg bagi kad kau. hee :)) rindu pulak kad domo toe. nak jumpa dia boleh ? HAHA ! kau jaga elok-2 tao domo toe. bagi dia makan banyak-2. bagi perut dia buncit macam kau sayang. HAHA ! mulut dia sentiasa terbuka. :))tapi kaki dia ada luka sikit kan ? nasib baik dia ta nangis. HAHA ! okay larh :))jaga domo toe elok-2.



bye si domo sengal :))
bye si mrs buncit :))

Tuesday 16 August 2011

SAAYYANNGGG

UPDATE SAMBIL DENGAR LAGU SEADANYA AKU-NUBHAN
WAHHH !
FELLING HABIS. HAHA !

SAYANG ? 

   AKU SAYANG KAD KAU SANGAT. AKU CINTA KAD KAU. WALAUPUN AKU TAK TAHU KAW SAYANG , CINTA KAD AKU KEA TAK. AKU TETAP SAYANG , CINTA KAD KAU. SETIAP KALI AKU TANYA KAD KAU , 'KAU SAYANG , CINTA KAD AKU KEA TAK ?' MESTI KAU TA KAN JAWAB.
WALAUBAGAIMANAPUN AKU MASIH CUBA TERSENYUM UNTUK KAU SAYANG SEBAB AKU TA NAK TAHU APA YANG AKU RASA.

SAYANG ? 

  KAU HAPPY TAK DI SAMPING  AKU ? AKU HARAP KAU HAPPY DISAMPING AKU. AKU TAHU KAU TAK HAPPY BILA DISAMPING AKU. DAN AKU TAHU AKU TAK BOLEH BUAT KAU HAPPY SAYANG. TAPI AKU DA CUBA YG TERMAMPU UNTUK BUAT KAU HAPPY. BILA AKU DUDUK DISAMPING KAU , AKU CUBA BUAT KAU TERSENYUM , KETAWA , TAPI TAK BERHASIL. BILA ORANG LAIN DUDUK DI SAMPING KAU. BARU LARH SENYUMAN MANIS KAU TOE MUNCUL. TAPI TA PEAR , AKU TUMPANG BAHAGIA WALAUPUN KAU   TAKBERIKAN SENYUMAN PADA AKU MASA AKU DUDUK DI SAMPING KAU.

SAYANG ?

   SETIAP MASA , SETIAP SAAT , SETIAP MINIT , SETIAP JAM , AKU MESTI TERFIKIR TENTANG KAU. KALAU SATU HARI TOE KAU TA DEW , AKU RASA SUNYI SANGAT. MUNGKIN KAU TAK TAHU SEMUA TOE. TA PEAR LARH. SATU HARI NANTI KAU AKAN TAHU AKAN SEGALA-GALANYA.

SAYANG ?

     AKU MEMANG HAPPY DISAMPING KAU. AKU HAPPY SANGAT. TAPI KADANG-KADANG AKU SEDIH JUGA. KENAPA KAU BUAT AKU MCM NIE ? AKU LAYAN KAU ELOK-ELOK, BAIK-BAIK, TAPI KAU ? HURM.. DA NAK HAMPIR SEBULAN KITA TAK DATE KAN ? AKU SELALU AJAK KAU. BOLEH DI KATAKAN HARI-HARI AKU AJAK. TAPI KAU MESTI TOLAK. AKU FAHAM BULAN RAMADAN TA BOLEH . TA PEAR., TAPI BILA ORANG LAIN AJAK MEET , KAU MESTI NAK , BOHONG LARH IF AKU KATA AKU TAK SEDIH MCM TOE. AKU TAO AKU BUKAN ORANG YG TERPENTING DALAM HIDUP KAU. TAPI KAU PENTING BAGI AKU SAYANG .

SAYANG ? 

AKU NAK HUBUNGAN KITA KEKAL. insyaALLAH. AKU TA NAK GADUH DENGAN KAU. AKU NAK HAPPY JEW DENGAN KAU. AKU TAK SUKA BILA ORANG LAIN INGAT KITA GADUH. RAMAI YG CKP KAD AKU. 'KORANG GADUH KEA ? 'BANYAK KALI. AKU TA NAK PERKATAAN ITU TIMBUL LAGI.

SAYANG ?

  I LOVE YOU SO MUCH ! AKU NAK MINTAK MAAF IF SELAMA NIE AKU ADA SAKIT KAN HATI KAU. SAYANG ? I'M REALLY LOVE YOU !

I LOVE BUNCIT :))

Saturday 13 August 2011

RAHSIA DI SEBALIK BILANGAN KUNTUMAN BUNGA ROS

Bilangan kuntuman bunga turut mempunyai makna disebaliknya. Ada rahsia kenapa seseorang itu memberikan bunga sekian-sekian kuntum. Ada yang bagi banyak kuntuman bunga dan ada juga yang bagi satu sahaja. Berikut merupakan rahsia di sebalik bilangan kuntuman bunga ros :


1 Rose
Exceptional love all concentrated on you.

2 Roses
Two of us deeply in love.

3 Roses
I love you.

6 Roses
I want to be yours.

9 Roses
Love each other eternally.

11 Roses
You are the one I love most in my life.

12 Roses
Satisfactory union and mutual affinity.

13 Roses
Secret admirer.

24 Roses
Remember fondly every moment
(24 hours cannot forget you).

33 Roses
Saying "I love you" with PROFOUND LOVE.

36 Roses
Feeling romantic attachment because you come to me.

44 Roses
Constant unchangeable pledge.

50 Roses
This is "Regretless Love".

56 Roses
My love.

66 Roses
Successful love affair.

99 Roses
Love with understanding makes love eternal.

100 Roses
Harmonious union in a century, remain a devoted couple 'till ripe-old age.

101 Roses
No other love but you.

108 Roses
Please marry me!

111 Roses
Eternal love.

123 Roses
Free love.

144 Roses
Loving you day and night eternally.

365 Roses
Thinking of you everyday, love you everyday.

999 Roses
Everlasting and eternal love.

1001 Roses
Faithful love, 'till forever

So macam mana? Dah terpikir nak bagi berapa banyak bunga ros? HAHA ! :))

Wednesday 10 August 2011

BREAK ! OHH TIDAK ! APA NAK BUAT ?


Ramai orang tahu apa makna break ataupun clash dalam perhubungan. Saya tahu ada dikalangan anda yang pernah clash dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu. Semuanya dirasakan seakan hidup ini tidak bermakna. Berjurai-jurai air mata dikeluarkan dan pelbagai memori indah saat-saat anda bersama dengan pasangan anda hadir satu per satu dalam minda pada waktu itu. Tetapi semuanya tidak berguna lagi kerana dia bukan lagi pasangan anda.
Ada pembaca yang bertanya pada saya, apa yang perlu dilakukan apabila sudah break. Pembaca tersebut tidak tahu apa yang dia patut lakukan. Dia terasa sangat sedih dan tertekan dengan keadaan tersebut. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda gunakan seandainya perkara ini berlaku pada anda.


1. Banyakkan berdoa dan bersabar - Memang ayat ini merupakan ayat yang biasa anda dengar. Kalau anda menceritakan masalah anda kepada rakan anda mengenai hal ini, mereka pun akan berkata sedemikian. Anda perlulah bersabar. Mungkin si dia bukan jodoh anda. Mungkin ada seseorang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk menjadi teman hidup anda. Anda hanya perlu bersabar dan nantikannya.

2. Makan coklat - Mengikut kajian dan beberapa artikel yang pernah saya baca, coklat dapat menenangkan seseorang. Jadi untuk menenangkan diri anda, anda makanlah coklat. Kalau tidak pun, anda makanlah aiskrim. Aiskrim juga dapat menenangkan diri anda yang sedang bercelaru itu. Tetapi bagi mereka yang takut akan gemuk kerana makan coklat atau aiskrim ini, anda boleh ikut tips yang seterusnya. Tapi kenapa anda takut gemuk ye? HAHA !

3. Luahkan kepada kawan rapat - Saya percaya setiap orang mempunyai rakan karib. Rakan karib yang saya maksudkan di sini bukanlah bekas kekasih anda itu tetapi rakan baik anda yang dapat anda kongsikan masalah anda ini. Ceritakan masalah tersebut pada dia dan luahkan segalanya. Ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan selain daripada itu, ia dapat memberikan peluang untuk rakan baik anda itu untuk memberikan pendapat dan kata-kata nasihat beliau.

4. Berhibur - Buatlah sesuatu yang dapat menghiburkan hati anda. Menyanyi ke, bermain game ke, tengok wayang dengan rakan-rakan ke, ape ke. Apabila anda berhibur, anda akan berasa gembira dan terlupa sebentar akan masalah anda itu.

5. Tidur - Kalau susah sangat, lebih baik anda tidur. Dalam nangis teresak-esak itu, anda akan berasa penat dan akhir sekali anda akan tertidur. Apabila anda terjaga dari tidur, diri anda akan berasa segar dan pemikiran anda lebih terbuka untuk menerima apa yang telah berlaku. Analoginya adalah sama pada budak kecil yang menangis yang menginginkan sesuatu. Budak kecil itu akan menangis dan menangis dan apabila sudah puas menangis, budak kecil itu akan terlena dengan nyenyaknya. Apabila terjaga dari tidur, dia akan terlupa dan tidak kisah dengan benda yang dia inginkan pada sebelumnya.

Dengan tips-tips ini, diharapkan ia dapat membantu anda dalam menangani masalah anda. Dan, sekiranya anda mempunyai tips-tips tambahan untuk artikel ini, anda boleh sampaikan ia melalui komen di bawah. 

ERTI DI SEBALIK KESETIAAN



     Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.


Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya...? Tidakkah ia sama dengan penipuan...? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati...

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan... Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya... Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan...


Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan...


Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan... Tawakal dan redha lah...
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik...
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik...
Pilihan adalah di tangan anda…

Tuesday 9 August 2011

7 tips beraya ke rumah si dia


Si dia mengajak anda beraya ke rumahnya! Saya pasti ramai yang menunggu detik ini, kan? Hari demi hari dihitung dengan penuh debaran. Perasaan gembira, panik, gelabah dan seronok pasti bercampur gaul. Maklumlah, saat inilah yang merupakan masa yang sesuai sekali untuk memperkenalkan pujaan hati kepada kaum keluarga, bukan!
Baju mana yang nak di pakai? Tudung pula perlu maching dengan baju. yea larh, pertama kali bertemu muka dengan bakal mertua. Semua perlu dipelihara. Penampilan diri, tutur kata dan tata tertib harus dijaga. Lebih-lebih lagi jika si dia beribukan mak datin HAHA !. kalau ada hati yang tak berkenan. Silap-silap anda akan mendapat lampu merah :)) HAHA ! 

TIP 1 : JAGA PENAMPILAN
Fikirkan pakaian yang sesuai untuk dipakai pada hari tersebut. Lagi bagus jika anda membuat persediaan awal supaya tidak kelam-kabut pada hari yang dijanjikan itu. Pastikan pakaian anda kemas dan sedap mata memandang. Takkan sekadar T-shirt dan ‘jeans’ sahaja, kot! Alangkah manisnya jika berbaju kurung bagi wanita dan segaknya si jejaka dengan berbaju Melayu. Pasti terserlah penampilan diri anda di hadapan keluarganya.

TIP 2 : BAWA TEMAN
Elok jika anda membawa teman ke rumah si dia. Barulah hilang sedikit perasaan segan jika ke sana keseorangan. Lagipun, anda pasti tidak mahu nampak ketara sangat mempunyai hubungan dengan anak mereka jika dikenalkan sebagai kawan-kawan. Seorang dua peneman rasanya sudah memadai.Tapi jangan pula membawa terlalu ramai kerana bimbang hilang pula keistimewaan anda di mata keluarganya.


TIP 3 : KENALI AHLI KELUARGA
Teman anda tentu selalu bercerita tentang ahli keluarganya. Cuba ingati nama mereka kerana ia boleh membantu anda semasa sesi perkenalan di rumahnya nanti. Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat untuk mengenali mereka. Jika mereka dapat melihat keikhlasan hati anda, pasti anda mendapat ‘green light’ untuk masuk ke dalam keluarga si dia.
.
TIP 4 : JAGA ADAB SOPAN
‘First impression’ selalunya memainkan peranan besar yang boleh menguntungkan atau merugikan anda. Peliharalah adab tertib anda terutamanya di hadapan ibu bapanya. Mulakan dengan bersalam sebagai tanda hormat pada mereka. Hati mereka pasti berbunga jika bermenantukan anda yang mempunya budi pekerti dan sopan santun yang tinggi.

TIP 5 : BERSIKAP RAMAH MESRA
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Mungkin tentang ahli keluarganya atau kerjaya ibu bapanya (walaupun anda pasti sudah mengetahuinya). Jangan berbual kosong kerana ia kadang-kadang membuat anda ‘merapu’. Dan jangan terlalu ‘excited’ semasa berbual kerana kadang-kadang kita boleh tersilap cakap yang mana ia boleh mengeruhkan perhubungan!

TIP 6 : MURAHKAN SENYUMAN
Jangan panik semasa bersemuka dengan keluarganya. Tingkatkan keyakinan anda dengan memberikan senyuman. Anda pasti tidak mahu dikata sombong, bukan? Kadang kala senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri anda. Tapi awas, jangan asyik tersenyum macam ‘kerang busuk’ 

TIP 7 : SEDIAKAN BUAH TANGAN
Adab menziarah, buah tangan pasti dihulur. Tanda menghormati rumah yang dikunjungi. Ringankan tangan anda membawa sedikit buah tangan agar tuan rumah rasa dihargai. Lebih-lagi orang tuanya tentu sukakan ‘bakal menantu’ yang bersikap pemurah. Malah, bonus bagi anda jika menyediakan sedikit ‘duit raya’ untuk bakal adik-adik ipar, kan!

Monday 8 August 2011

ADAKAH SI DIA MEMINATI KAMU ?


Kadangkala wanita sukar memahami tingkah laku lelaki. Kadangkala mereka takut salah erti tingkah laku sesorang lelaki kepada dirinya. Oleh itu, sekiranya anda ingin mengetahuinya, bacalah di bawah ini.

Langkah si dia cuba mendekatimu...

  • 1 si dia membelanja anda makan @ minum...
  • 2 si dia ingin meminjam sesuatu dr anda atau meminta bantuan anda..langkah ini membuatkn si dia berasa dekat dgn anda.
  • 3 si dia mengajak anda menemaninya bersiar-siar & membeli belah yg mana langkah ini akn membuatkn anda menerima si dia..
  • 4 si dia mula bertanya kn tentang keluarga anda & dlm masa yg sama si dia akan bercerita tntang keluarga nya. Topik ini secara tidak lgsg akan merapatkan lagi hubungan anda berdua kerana anda berdua sudah saling mengetahui tentang diri masing2.
  • 5 si dia akn sentiasa bertanya khabar tentang anda..dengan ini anda tentunya akan berasa lebih disayangi..
  • 6 si dia akan memberikan anda hadiah istimewa. Ini menandakan si dia ingin melanjutkan hubungan yang lebih dr seorang rakan.
  • 7 si dia mula melayan anda seperti anda kekasihnya. Setiap kata-katanya juga adalah kata sayang & cinta..

  1. Teruskan hubungan dengan si dia jika...

  • 1 si dia x tergopoh gapah utk menjalinkn hubungan dgn anda secara serius di mana si dia akan mendekati anda dengan sabar & x tergopoh gapah.
  • 2 si dia sering mengambil berat tentang anda termasuklah tentang kesihatan,makan,minum & setiap apa yg anda lakukan.
  • 3 si dia sentiasa membantu anda tidah kira apa jua pertolongan yg anda perlukan.
  • 4 si dia x berkira walaupun anda & dia bru berkenalan, si dia tidak kisah membelanjakan wangnya untuk anda.
  • 5 si dia sentiasa ingin menggembirakan anda dan tidak akan membebankan anda dengan masalah-masalahnya. Si dia ingin sentiasa bersama anda dengan memberikan kenangan yang indah.
  • 6 si dia tidak berahsia tentang pengenalan dirinya,tempat tinggal & nombor telefon agar hubungan anda & si dia tidak berakhir di situ shaja.
  • 7 si dia berterus terang tentang status nya sama asa si dia pernah ada teman istimewa @ si dia sememangnya single.Si dia juga tidak kisah anda membaca sms @ membantunya menjawab panggilan telefon menandakan katanya adalah benar.
  • 8 apabila ada masa terluang,dia pasti akan menghubungi anda & memberitahu anda tentang aktiviti nya.

Hati2 dengan si dia jika...

  • 1 si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn...?
  • 2 mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
  • 3 ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
  • 4 agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
  • 5 si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
  • 6 si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
  • 7 si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata " saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya". Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la...
  • 8 si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.

UNGKAPAN I LOVE YOU


I Love You atau dalam bahasa Melayu, Aku Cinta Padamu merupakan satu ungkapan yang amat istimewa. Ini kerana ianya merupakan ungkapan yang hanya kita ucapkan pada orang yang kita sayang sahaja.
Ada ke orang yang ucapkan I Love You pada orang yang dibenci? Sudah pasti tidak bukan. Kalau dengan orang yang dibenci, mesti kita mencemuh dia seboleh yang mungkin. Itu kalau mereka yang panas baran la. Habis semua ayat-ayat cemuhan dilemparkan disebabkan terlalu marah dan benci pada seseorang itu. Kalau boleh, semua perkataan-perkataan negatif yang ada dalam kamus nak diberikan pada orang itu.
Tetapi ianya berbeza dengan I Love You ini. I Love You ini sangat unik. Kita tidak akan ucapkan ia pada orang lain selain orang yang kita sayang. Orang yang kita sayang itu tidak semestinya hanya pada kekasih kita sahaja, ia termasuklah dengan ibu bapa kita, adik beradik kita, anak-anak, kawan-kawan dan orang-orang yang kita sayang.

Adalah amat pelik sekiranya I Love You ini diberikan sesuka hati pada orang lain. Tidak ada keunikan sekiranya I Love You ini mudah diperolehi. Oleh itu, janganlah kita mempermainkan ungkapan I Love You ini atau Aku Cinta Padamu dengan sesuka hati. Kerana, andai tersilap ungkap, mungkin kita secara tidak sengaja mengecewakan hati seseorang itu.

25 action to say 'I LOVE YOU' :))





1. Place notes in your lover's lunch telling him how much you love him.

2. Page you sweetheart with an I Love You page.

3. Give her a soft kiss.

4. Make everyday things special.

5. Give your love a little note or sending him an e-mail with a poem in
it.

6. Listen to her every word.

7. Making a list of everything you love about them. No matter how
stupid.

8. Spend quality time with the one you love.

9. Have flowers delivered with a note attached saying simply, "I love
you."

10. Give unexpected hugs and kisses in unexpected places.


11. Cook them their favorite meal.

12. Hold each other when you fall asleep.

13. Just be together.

14. Give your love a long hard kiss on the lips, followed by a gift.

15. Sending romantic postcards on a daily basis.

16. Get off work early and surprise your sweetheart with a dozen roses
and dinner, just because.

17. Spend all week thinking of something special for the weekend and
then... do it!

18. Give him a loving smile from across the room.

19. Draw or obtain a new romantic picture of two lovers in each others
grasp and give it to your love as a reminder of your passion.

20. If you live quite a distance from your love, surprise them with a
visit.

21. When she is asleep in the morning, cover her with rose petals and
wake her up to an I love you breakfast in bed.

22. Secretly write S-H-M-I-L-Y anywhere your lover will find it. SHMILY=
See How Much I Love You.

23. Have a romantic weekend.

24. For a week, smothering your spouse with all the small intimate
things they like.

25. Do a simple act of kindness, such as a backrub when he feels sick,
to brighten his day.


Sunday 7 August 2011

11 tips dalam berpasangan


1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan 'minder' dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan... ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup... .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka... .

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas...
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Saturday 6 August 2011

9 SEBAB HUBUNGAN TIDAK MAMPU BERTAHAN


1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK


Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak TahuDia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan BersamaBila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )


Masam MukaTindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat KhabarBab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.




Keluar Rumah Tanpa BeritahuAda lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon BimbitHa ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokokMacam tak pernah dapat rokok setahun…

KENAL PASTI CIRI-2 LELAKI YANG JUJUR DALAM HUBUNGAN


Cara untuk mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :
1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya
Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda..jangan mudah terpedaya ok?
2-Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah,mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe
Kesimpulannya : Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri anda,dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda,yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda,jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab..
3-Tarikh lahir..Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan alert perkara ini,Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la birthday you..sory i agak sibuk sekarang..”…awas! anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini.
Kesimpulanya : Apa yang anda perlu lakukan,anda haruslah berhati-hati dengan si dia,perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya,nanti kebenaran akan berpihak kepada anda.
4-Bila anda sakit..Anda perlu menelefon si dia,memberitahu bahawa anda sakit,tapi ingat sekali sahaja tau.Kalau sidia benar-benar jujur,dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan anda..mesti dia jadi tak keruan..
Kesimpulanya ; Selalunya lelaki yang ada niat buruk,dia akan suka perkara ini berlaku pada diri anda,bolehlah dia bebas untuk berseronok dengan kekasih-kekasih gelap dia yang lain…hehehe
5-Bersabar dengan anda..Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah dan agak banyak kerenah…contohnya kalau pergi shopping mesti perempuan suka masuk kedai baju,kedai kasut..memilih mesti lama ye dak?..hehehe..kalau si lelaki betol-betol memahami dan jujur dia akan sabar melayan kerenah korang..
Kesimpulanya : kalau dia jujur dan ikhlas,dia akan terima seadanya sikap korang..kalau korang dah jumpa lelaki macam ni,insyaAllah bahagialah…unless,korang terlalu melebih-lebih kerenahnya..paham-paham lah kan?..