Saturday 6 August 2011

TANDA-TANDA TELAH JATUH CINTA


Jika korang nak tau sama ada korang telah jatuh cinta dengan seseorang, korang boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Korang tak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan korang terhadapnya..

2. Korang akan sentiasa merindui si dia..

3. Apabila berjalan dengan si dia, korang akan berjalan dengan perlahan..

4. Korang akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila korang berfikir tentang dirinya, jantung korang akan berdegup pantas..

6. Hanya dengan mendengar suaranya, korang akan tersenyum tanpa sebab..

7. Apabila korang melihat si dia, korang tak akan peduli orang di sekeliling.. Korang cuma melihat si dia seorang je..

8. Korang akan mula mendengar lagu yang berirama balada..

9. Si dia sentiasa di fikiran korang..

10. Korang akan sentiasa terhidu baunya.

11. Korang menyedari, korang akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri si dia..

12. Korang akan lakukan apa sahaja untuk dirinya..

13. Apabila korang membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran korang..

No comments:

Post a Comment